Sepintas lalu ....

Di dalam sesebuah pengurusan terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan , maklumat mengenai seseorang murid , pelajar , peserta , pelatih mahupun penghuni ( untuk rumah anak anak yatim dan pusat pemulihan akhlak dll ) akan disimpan ke dalam borang dan akan di masukkan kedalam fail yang mengandungi nombor rujukan fail , maklumat tambahan yang berkaitan akan di masukkan kedalam buku catatan dan maklumat mengenai bayaran akan di tulis ke dalam buku resit dan diserahkan kepada pembayar dan salinannya ada pada kaki buku resit ( pendua ). Apabila sesuatu maklumat mengenai seseorang itu perlu di capai , maka proses yang mengambil masa akan terjadi . Capaian maklumat akan melalui proses pencarian .

Maklumat adalah tulang belakang sesebuah organisasi . Capaian maklumat yang cepat , tepat melambangkan kecekapan sesuatu organisasi .

Mengambil ikhtibar tersebut ,syarikat kami , telah menghasilkan suatu kaedah menggunakan sistem komputer untuk memudahkan pelanggan kami di dalam proses tersebut . , dan penghasilan produk tersebut juga sebagai ikhtiar kesinambungan kehidupan kami lah juga.

Terdapat beberapa sektor yang memerlukan tugasan ini , Institusi Pendidikan Swasta adalah pelanggan yang telah kami , mengenal pasti , keperluan ini hanyalah untuk memudahkan Pengurusan sesebuah organisasi .Namun pelbagai cara yang lain juga memudahkan proses tersebut , cara yang di hasilkan ialah secara alternative sahaja.

Mudah di gunakan , di dalam Bahasa Melayu , murah dan tidak ‘ complicated ‘
Sistem ini menyimpan :-


.. Maklumat Peserta / Pelajar
.. Maklumat Fizikal , catatan kecil maklumat perubatan dll
.. Maklumat Yuran
.. Percetakan Resit Bayaran
.. Maklumat Pelajar Berhenti – Tamat
.. Maklumat Perpindahan
.. Maklumat Pergerakkan
.. Maklumat Disiplin
.. Maklumat Penempatan
.. Maklumat Pengkhususan

Untuk Maahad Tahfiz , terdapat maklumat Hafazan,Maklumat pelajar / peserta akan di simpan ke dalam sistem. Maklumat tersebut terdiri dari butiran penting pelajar , termasuk maklumat ibu bapa – penjaga – waris . Maklumat adik beradik yang bersekolah . Maklumat sekolah terdahulu , sijil sekolah terdahulu , sijil keputusan pepriksaan , foto , imbasan kad pengenalan serta imbasan kad pengenalan ibu bapa waris , penjaga dan sijil kelahiran serta sijil kematian ( ibu bapa )jika perlu.

Pencarian maklumat melalui Kriteria , pelbagai . Maklumat akan terpapar di skrin , .Untuk menjalankan serta memudahkan , maklumat tersebut perlu di masukkan ke dalam sistem terlebih dahulu.Prosesnya mudah , seperti mengisi borang , borang elektronik .

Rekod bayaran yuran akan di masukkan , Resit pembayaran akan di cetak .


Bahagian Perjawatan
Maklumat kakitangan , termasuk imbasan foto , kad pengenalan serta sijil kelulusan serta maklumat keluarga kakitangan.Maklumat KWSP dan Perkeso jika ada .
Sip Gaji , Upah dan Elaun kakitangan .
Sistem ini mencetak slip gaji , upah dan elaun kakitangan

Baucar Pembayaran
Maklumat aliran wang keluar melalui baucar pembayaran , mencetak baucar bayaran , mencari baucar yang telah dikeluarkan dan analisa keluaran baucar .

Resit Akaun Terimaan
Maklumat terimaan seperti derma , sumbangan di masukkan , keluaran resit mudah di pantau , mencetak resit terimaan.

Keperluan Sistem dan Peralatan
Mana mana komputer yang terdapat RAM minima 256 Mb dengan Sistem Pengoperain Windows 98 .., dengan ruang storan 1 giga.
Pencetak biasa , jika ada alat pengimbas …
Sistem yang lebih tinggi , A + , speed matters !
Silalah berhubung jika keperluan nya ada .
Delta Romeo ABN 786..


Pakej untuk syarikat yang mengajurkan kem Ibadah , kem motivasi sempena cuti sekolah .
Pengurusan Individu –
Maklumat pelajar / peserta / pelatih .. maklumat , profil – peribadi , maklumat ibu bapa penjaga , nombor talipon. Imbasan foto , kad pengenalan , sijil dan kad pengenalan .Terdapat ruangan maklumat catatan fizikal pelajar / peserta seperti ketingian , berat , jenis darah , rekod alahan , maklumat doktor peribadi , jika berlaku kecemasan.

Walaubagaimana pun , kriteria penting menegnai maklumat ialah NO PESERTA , NAMA , NOMBOR KAD PENGENALAN , MAKLUMAT IBU BAPA SERTA NOMBOR PERHUBUNGAN , mestilah di masukkan supaya memudahkan pencarian maklumat .NOMBOR PESERTA / PELAJAR boleh di masukkan secara keperluan pengurusan yag menggunakan sistem ini seperti 0001 , atau 2013-L-0001 atau nombor serta gabungan abjad untuk kemudahan pencarian , No KP serta Nama Penuh boleh juga di buat Kriteria carian maklumat .

Mencari sesuatu maklumat mengenai pelajar / peserta / pelatih akan menjadi mudah dan pantas ., selaras dengan kata kata :-

Maklumat di hujung jadi anda !


Contoh maklumat yang di masukkan ke dalam sistem.

Perhatian : Nama dan gambar serta kandungan maklumat adalah rekaan sahaja , tiada kaitan dengan mana mana pihak  …


Maklumat di masukkan berperingkat peringkat supaya anda boleh buat kerja lain dan balik untuk sambung ( continue to enter information at any time , whenever there is time lah )…
Prosesnya mudah ,Cari pelajar itu melalui nombor nya atau criteria lain , sambung seterusnya malumat .Gambar imbasan boleh juga di masukkan bila bila sahaja , tetapi imbasan perlu di simpan ke dalam folder di mana mana , boleh di import ke petak gambar atau better still , gambar pun boleh di tukar dengan pose yang lain pula .. mula dah la tu
( sila lihat penerangan di dalam bab ini )

Pencarian maklumat mudah di capai … cari dan panda , cari dan padam .. cari dan tambah , cari dan bayar yuran , pilih tahun dan bulan .. masukkan maklumat bayaran dan cetak resit .